Tuesday 25 October 2011

peperiksaan berakhir

assalamualaikum, 




Minggu lepas, saya sudah habis periksa. Saya berasa sangat lega kerana sudah habis periksa. Saya akan beritahu markah peperiksaan ini. Bahasa Inggeris : 94%,
Bahasa Melayu : 96% , Akhlak : 100% , Jawi :98% . Nasib baiklah saya dapat 90 lebih kalau tak saya tak boleh dapat nombor 1,2 atapun 3....

Friday 14 October 2011

peperiksaan terakhir.............!!!

assalamualaikum, 


Minggu depan saya akan menghadapi peperiksaan terakhir pada tahun 2011,saya berasa sangat berdebar.Dan saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, apabila sudah berakhir,saya juga berasa debar juga,kerana sesiapa yang mendapat nombor 1,2 atau 3 dialah yang mendapat piala,macam tahun lepas !!!

Saturday 8 October 2011

Pialaku !

Assalamualaikum,
 hari ni saya nak ceritakan pasal piala saya. Hari tu saya masuk kuiz silang kata, soalan yang diberikan sangat susah.Tetapi pada hari Jumaat saya menang tempat ketiga !! tak sangka betul saya menang.
saya rasa sangat teruja dan seronok sekali . Lain kali , saya nak menang lagi untuk mendapat piala , Insha-allah.




yang ambil gambar ni kakak saya .....


kilau betul piala saya ni...


saya menang tempat ketiga dlm B.Inggeris