Sunday 27 November 2011

Ipad!

assalamualaikum, 




Hari ini saya pergi ke kedai Challenger kerana ayah saya mahu membeli Ipad ! saya berasa sangat gembira, tapi harga dia kan RM 1,899 !mahal kan? Bila ayah saya beli semua adik-beradik saya semuanya 'exited' nak guna.Sebelum balik saya dan keluarga nak pergi dekat restoran.nama restoran tu ialah Poppeye restoran tu lebih kurang sama dengan KFC je.

Friday 18 November 2011

hadiah!

assalamualaikum...


Hari ni saya  ke sekolah untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah.
Saya  mendapat tempat kedua didalam kelas 2 Amanah dan keseluruhan tahun dua dengan markah 96.04 %.Hadiahnya berupa satu beg sekolah,satu buku lukisan dan buku latihan.Saya rasa sungguh gembira.Ibu saya hadir di majlis itu.Ibu mengucapkan tahniah pada saya. Tahun depan saya  akan berada didalam kelas 3 Amanah.Saya berazam untuk naik ke pentas sekali lagi,tapi pada kali ini untuk merebut tempat pertama! Insyaallah.



Friday 4 November 2011

belalang !!

assalamualaikum,




malam ni saya di kampung kerana saya nak sambut Hari Raya Aidiladha, tapi
bila dah sampai dekat kampung saya rasa sangat terkejut kerana tengok belalang  ,tapi belalang tu bukan hidup sebab nak MAKAN  .nak tengok,pegang dan makan pun tak sanggup..tapi sepupu saya makan dengan pulut lagilah  saya geli nak makan. dia kata rasa belalang tu macam ikan bilis !!!

inilah 'first time' saya tengok orang makan belalang....