Friday 16 December 2011

PD !!



Pada hari Rabu yang lalu, saya pergi ke PD.Saya pergi ke PD kerana nak pergi
 mandi kolam dan pantai ,saya duduk dekat PD 1 hari saja. Bila saya pergi
 PD sepupu saya pun ikut juga.Dia balik malam, jadi, kena pergi malam jugalah,nama tempat itu ialah TNB PD Condominium, condo tu besar sangat, ada balkoni pula tu. Esok pula saya akan mandi kolam dan main dekat pantai, masa saya dah
 siap makan saya pergi dekat balkoni, bila dah lama saya tunggu semua 
orang siap makan, tiba-tiba hujan pula,lepas tu saya pun panggil mak saya yang dah hujan turun , tapi mak saya kata" takpe,lagi lebat lagi best "lepas tu ayah 
saya pula yang sambung,dia kata"tapi tak boleh main pantai sebab 
air tu kotor bila campur dengan air hujan"....


Ini dapurnya sebelah pintu masuk senanglah  nak makan.

mandi di kolam......best sangat!!!

Sunday 27 November 2011

Ipad!

assalamualaikum, 




Hari ini saya pergi ke kedai Challenger kerana ayah saya mahu membeli Ipad ! saya berasa sangat gembira, tapi harga dia kan RM 1,899 !mahal kan? Bila ayah saya beli semua adik-beradik saya semuanya 'exited' nak guna.Sebelum balik saya dan keluarga nak pergi dekat restoran.nama restoran tu ialah Poppeye restoran tu lebih kurang sama dengan KFC je.

Friday 18 November 2011

hadiah!

assalamualaikum...


Hari ni saya  ke sekolah untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah.
Saya  mendapat tempat kedua didalam kelas 2 Amanah dan keseluruhan tahun dua dengan markah 96.04 %.Hadiahnya berupa satu beg sekolah,satu buku lukisan dan buku latihan.Saya rasa sungguh gembira.Ibu saya hadir di majlis itu.Ibu mengucapkan tahniah pada saya. Tahun depan saya  akan berada didalam kelas 3 Amanah.Saya berazam untuk naik ke pentas sekali lagi,tapi pada kali ini untuk merebut tempat pertama! Insyaallah.



Friday 4 November 2011

belalang !!

assalamualaikum,




malam ni saya di kampung kerana saya nak sambut Hari Raya Aidiladha, tapi
bila dah sampai dekat kampung saya rasa sangat terkejut kerana tengok belalang  ,tapi belalang tu bukan hidup sebab nak MAKAN  .nak tengok,pegang dan makan pun tak sanggup..tapi sepupu saya makan dengan pulut lagilah  saya geli nak makan. dia kata rasa belalang tu macam ikan bilis !!!

inilah 'first time' saya tengok orang makan belalang....






Tuesday 25 October 2011

peperiksaan berakhir

assalamualaikum, 




Minggu lepas, saya sudah habis periksa. Saya berasa sangat lega kerana sudah habis periksa. Saya akan beritahu markah peperiksaan ini. Bahasa Inggeris : 94%,
Bahasa Melayu : 96% , Akhlak : 100% , Jawi :98% . Nasib baiklah saya dapat 90 lebih kalau tak saya tak boleh dapat nombor 1,2 atapun 3....

Friday 14 October 2011

peperiksaan terakhir.............!!!

assalamualaikum, 


Minggu depan saya akan menghadapi peperiksaan terakhir pada tahun 2011,saya berasa sangat berdebar.Dan saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, apabila sudah berakhir,saya juga berasa debar juga,kerana sesiapa yang mendapat nombor 1,2 atau 3 dialah yang mendapat piala,macam tahun lepas !!!

Saturday 8 October 2011

Pialaku !

Assalamualaikum,
 hari ni saya nak ceritakan pasal piala saya. Hari tu saya masuk kuiz silang kata, soalan yang diberikan sangat susah.Tetapi pada hari Jumaat saya menang tempat ketiga !! tak sangka betul saya menang.
saya rasa sangat teruja dan seronok sekali . Lain kali , saya nak menang lagi untuk mendapat piala , Insha-allah.




yang ambil gambar ni kakak saya .....


kilau betul piala saya ni...


saya menang tempat ketiga dlm B.Inggeris

Friday 30 September 2011

Selamat belajar di Mesir kakakku !

assalamualaikum.... 


Pada 29/9/2011 , ibu bapa dan adik saya telah menghantar kakak saya ke KLIA, nama kakak saya ialah Wan Nur Hanis. Dia ke Mesir kerana dia mahu belajar,cita-cita kakak saya ialah menjadi doktor gigi.Dia belajar ke Mesir selama 4 tahun...... 


selamat belajar kakakku !!!! 















Saturday 24 September 2011

Diri saya....

 assalamualaikum, Nama saya Wan Nur Iman Bt Wan Mohd Fauzi. Saya tinggal di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Saya ber umur 9 tahun. Saya belajar di SRA Integrasi Bandar Baru Bangi. Nama kelas saya ialah kelas 3 amanah. Hobi saya ialah melukis. Bila saya besar saya mahu menjadi doktor....              
                                                                                                                                                        

Sunday 18 September 2011

Fudge Cookies

Assalamualaikum...

 2 hari lepas, saya ,adik dan kakak saya membuat biskut yang bernama Fudge Cookies.Malam itu kakak saya akan memasak coklat dan kacang badam.Saya dan adik saya tidak sabar nak buat.Saya akan celup biskut dalam coklat cair dan adik saya pula akan letak biskut itu atas kacang badam. Bila dah siap kakak saya akan letak biskut itu ke dalam peti sejuk...